Peringatan Mesra

 “PERINGATAN MESRA”


Pelanggan yang dihormati,

Sila

1. BACA SEMUA peringatan berikut.

2. TANYA SEGERA demi mengelakkan persiapan dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.

 

A. Lokasi

1. Sila sediakan ruang persiapan dengan pengudaraan yang baik dan dilengkapi kerusi, meja, cermin, soket elektrik dan penyaman udara atau kipas angin.

2. Sila aturkan supaya bilik persiapan sedia digunakan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu yang dijadualkan dalam Pengesahan Tempahan.

 

B. Waktu persiapan

1. Maklumkan jadual yang tertera dalam Pengesahan Tempahan kepada semua pihak terlibat (cth: pengantin lelaki, ibu pengantin, pengapit dll).

2. Aturkan aktiviti dan persiapan lain (cth: pakai inai, majlis khatam, photoshoot lepas nikah dsb) supaya tidak bercanggah dengan jadual sesi solekan.

 

C. Solekan

1. Pelanggan disaran berkongsi imej solekan yang diingini (jika ada) beberapa hari sebelum majlis. Sila rujuk akaun instagram makeupbyafidahuntuk melihat contoh solekan. Jika tiada sebarang permintaan sebelum hari majlis, solekan dan persiapan akan dibuat mengikut gaya yang dirasakan bersesuaian.

2. Jika memilih menjalani facial, lakukan selewat-lewatnya sebulan sebelum sesi solekan bagi mengurangkan risiko masalah kulit menjelang hari majlis.

3. Tiada khidmat dandanan rambut ditawarkan.

 

D. Contact lens

1. Tiada contact lens disediakan

2. Tiada bantuan pemakaian ditawarkan

3. Sila pakai contact lens sendiri sebelum MUA tiba.

4. Pelanggan yang tidak biasa memakai contact lens disarankan berlatih beberapa hari

sebelum majlis untuk mengelakkan mata merah dan berair ketika proses persiapan.

 

E. Persiapan lelaki

1. Solekan ringkas (sapuan compact powder & lipgloss sahaja)

2. Bantuan pemakaian aksesori *tradisional shj (rujuk ‘Contoh Set Pakaian Bersanding’).

3. Tiada khidmat dandanan rambut ditawarkan. Sila gayakan rambut dengan wax atau hair spray sekalipun memakai tanjak untuk mengelakkan rambut kelihatan tidak terurus ketika tunduk bersalaman.

4. Terhad kepada pengantin sahaja.

5. Persiapan untuk majlis bersanding sahaja.

6. Persiapan di ruang yang sama dengan pengantin perempuan.

7. Sila bersedia dengan pakaian acara, stokin, dan rambut yang telah didandan rapi pada waktu yang dijadualkan.

8. Bantuan persiapan ini adalah percuma tanpa komitmen.

9. Tiada khidmat berbayar ditawarkan.

 

F. Pakaian dan aksesori

1. Pelanggan disarankan mencuba set lengkap pakaian dan aksesori pilihan di lokasi sewaan/belian untuk mengetahui penampilan keseluruhan pada hari majlis.

2. Pastikan pakaian dan aksesori yang rosak (cth: jahitan tetas, crown patah, rantai berbelit

dsb) telah dibaiki dan berkeadaan baik ketika diambil dari penjual/penyewa.

3. Pastikan item pakaian yang berkenaan telah siap digosok. Guna semburan kanji (starch spray) jika perlu.

4. Susun item sedia dipakai sebelum sesi bermula di ruang yang sama untuk solekan.

5. Bantuan mengenakan pakaian dan aksesori pengantin adalah percuma tanpa komitmen dan terhad kepada item bertanda * dalam ‘Contoh Pakaian Bersanding ’sahaja.

 

**********************************************

CONTOH PAKAIAN BERSANDING

**********************************************

[sila maklumkan MUA gaya pakaian samada moden/tradisional]

 

Pakaian Tradisional Melayu & Aksesori

B3DA1DD4-38E2-4591-8150-9891D574BB9E.jpg

 

Pakaian Moden

7116DD3E-3DB3-44C5-B5A5-52ADC80B16C9.jpg

 

Set pakaian Perempuan

1. Set baju & kain/dress/gaun kembang & ken-ken

2. Anak tudung

3. Tudung

4. Veil*

5. Crown*

6. Rantai/dokoh

7. Kasut

8. Lain2 (cth: kain dalam, inner neck, hand socks, skin socks, sanggul tudung, dsb mengikut keperluan)

 

Set pakaian Lelaki

1. Set baju & seluar

2. Neck/bow tie

3. Kasut & stokin

Tradisional:

4. Samping*

5. Bengkung*

6. Tanjak & Brooch

7. Rantai lelaki

8. Keris

 

**********************************************

 

G. Tudung

1. Bantuan pemakaian tudung adalah terhad kepada pengantin sahaja.

2. Bantuan ini adalah percuma tanpa komitmen dan terhad kepada lilitan tudung gaya biasa sahaja. Pelanggan diminta mengenakan bahagian muka tudung mengikut gaya dan keselesaan sendiri.

3. Pelanggan disarankan berlatih gaya diingini sebelum hari majlis.

4. Sila ambil maklum pemakaian tudung gaya bawal akan memakan masa berbanding gaya shawl. Jadual yang dicadangkan dalam Pengesahan Tempahan memperuntukkan hanya 15 minit sahaja bagi pemakaian baju dan tudung. Sila maklumkan jika perlu lebih masa.

5. Sila sediakan beberapa unit getah rambut yang baru dan kuat, sanggul tudung jika perlu, kerongsang, peniti dan safety pins pelbagai saiz (rujuk gambar).

 

3797736C-DB61-4AFA-8A94-11453D7B5993.jpg

 

H. Hari majlis

1. Selesaikan rutin kebersihan, solat, makan, pakai contact lens, dsb SEBELUM MUA tiba (rujuk jadual dalam Pengesahan Tempahan.

2. Kurangkan aktiviti fizikal dan bersedia dalam keadaan rehat sebelum MUA tiba demi mengurangkan peluh. Pelanggan kuat berpeluh disaran berehat sambil menuam muka dengan ais sekurang-kurangnya setengah jam sebelum sesi solekan bermula.

3. Untuk membantu solekan tahan lama, elak sentuhan pada muka. Jangan tekap tisu atau span kosmetik untuk mengeringkan peluh, sebaliknya gunakan kipas.

 

I. Sila jaga SOP

1. Minimumkan sentuhan dan komunikasi berdepan sepanjang proses persiapan.

2. hadkan akses bilik ketika proses persiapan

3. minta bantuan menjawab panggilan telefon

4. selesaikan pembayaran secara online sebelum sesi bermula

 

Jika tiada pertanyaan atau persetujuan baru dicapai selewat-lewatnya 24jam sebelum hari tugasan, pelanggan dianggap telah faham dan bersetuju memberi kerjasama berdasarkan maklumat yang tertera dalam Pengesahan Tempahan terkini. MUA tidak bertanggungjawab atas sebarang aduan dan masalah akibat kegagalan pelanggan membaca peringatan ini dan mematuhi terma & syarat perkhidmatan. Terima kasih.

Comments

Popular Posts