Terma & Syarat Perkhidmatan
Terma & Syarat Perkhidmatan
Perkhidmatan Solekan dan Persiapan Pengantin Afidah Khamis
'KAMI' atau ‘MUA’ merujuk kepada jurusolek Afidah binti Khamis dengan medium komunikasi seperti berikut:
- Tel: +60129040066
- Email: afidah_k@yahoo.com
- facebook: Afidah Khamis (Make Up Artist) ; https://www.facebook.com/afidah.khamis
- Instagram: https://instagram.com/makeupbyafidah
- Blog: https://makeupbyafidah.blogspot.com/
- Whatsapp: https://makeupbyafidah.wasap.my/
- Perkhidmatan yang disediakan:
- Solekan:
- Terhad kepada wanita sahaja.
- Pakej:
- Individu:
- Jumlah pax/sesi: 1orang.
- Caj/sesi: RM300/orang (sama harga bagi sebarang majlis).
- Tempoh anggaran: 1 jam 30 minit/orang.
- Grup:
- Jumlah pax/sesi: maksimum 3 orang.
- Caj/sesi: RM150/orang (sama harga bagi sebarang majlis).
- Tempoh anggaran: 45 minit/orang
- Bersiap bergilir-gilir di ruang yang sama.
- Waktu bersiap berturut-turut.
- Deposit lupus jika terlepas jadual, dinasihatkan mencari pengganti.
- Diwakili oleh satu orang wakil pelanggan yang bertanggungjawab:
- Mengutip deposit dan baki bayaran dari semua penerima perkhidmatan.
- membuat pembayaran kepada pihak kami.
- memaklumkan semua penerima perkhidmatan tentang jadual masing-masing dan syarat-syarat yang tertera.
- Menjadi 'point of contact' sepanjang tempoh tempahan hingga selesai.
- Pengantin & bridesmaid/family:
- Jumlah pax/sesi: 1 Individu + 1 Grup (3 orang).
- Caj/sesi: RM300 + (RM100 x 2 orang) = RM500.
- Tempoh anggaran:
- Individu: 1 jam 30 minit/orang.
- Grup: 30 minit/orang.
- Bersiap bergilir-gilir di ruang yang sama dengan pengantin perempuan.
- Waktu bersiap secara berturut-turut dengan diakhiri oleh pengantin perempuan.
- Pelanggan yang membuat tempahan bertanggungjawab:
- Mengutip deposit dan baki bayaran dari semua penerima perkhidmatan.
- Membuat pembayaran kepada pihak kami.
- Memaklumkan semua penerima perkhidmatan (cth: bridesmaid, ibu dll) tentang jadual masing-masing dan syarat-syarat yang tertera.
- Menjadi 'point of contact' sepanjang tempoh tempahan hingga selesai semua sesi.
- Gaya solekan:
- Pelanggan yang menempah khidmat solekan Individu (termasuk khidmat solekan Individu dalam Pakej Pengantin) layak memilih gaya solekan yang diinginkan (sila rujuk instagram makeupbyafidah)
- Pelanggan dinasihatkan memaklumkan gaya solekan yang dihajati secepat mungkin sebaik membuat tempahan atau selewat-lewatnya seminggu sebelum sesi persiapan.
- Pihak kami akan sedaya upaya merealisasikan gaya solekan yang diinginkan berdasarkan kreativiti sendiri tanpa komitmen terhadap contoh yang diberi oleh pelanggan.
- Perkhidmatan yang diberikan adalah bersesuaian dengan jumlah bayaran kepada pihak kami tanpa mengambilkira jumlah yang dicaj oleh orang tengah (cth: wedding planner, butik dll) ke atas pelanggan.
- Tiada khidmat solekan sfx ditawarkan.
- Tempoh solekan/persiapan bergantung kepada jumlah penerima perkhidmatan, gaya solekan/penampilan dan fizikal pelanggan.
- Penggunaan produk pelanggan
- Bergantung kepada kesesuaian.
- Tiada komitmen terhadap kualiti perkhidmatan dan hasil solekan.
- Tiada pemotongan caj khidmat solekan.
- Penggunaan jenama tertentu:
- Tiada komitmen untuk menyediakan produk tambahan dari jenama tertentu.
- Bergantung kepada kesesuaian.
- Tiada komitmen terhadap kualiti perkhidmatan dan hasil solekan.
- Caj tambahan akan dimaklumkan dlm quotation.
- Touch up
- Terhad kepada pasangan pengantin untuk majlis bersanding sahaja.
- Prioriti adalah untuk bantuan pemakaian kostum bersanding sahaja.
- Terhad kepada hasil solekan Individu oleh pihak kami dalam sesi sebelumnya.
- Caj: minimum RM200/sesi (bergantung kepada kondisi solekan sebelumnya)
- Tempoh: minimum 30 minit (bergantung kepada kondisi solekan sebelumnya).
- Lokasi: ruang yang sama dengan sesi solekan sebelumnya.
- Tiada perkhidmatan ikut ke lokasi (cth: nikah/masjid, sesi fotografi/outdoor, dll) untuk perkhidmatan touch up.
- Pihak kami akan mencadangkan solekan baharu jika perlu dengan caj dan tempoh yang sama seperti solekan Individu.
- Menunggu antara tugasan:
- Tempoh tidak lebih 2 jam di antara waktu sesuatu sesi solekan berakhir hingga sesi berikutnya bermula.
- Cth:
- Sesi 1 06:00pagi - 08:30pagi.
- Sesi 2 10:30pagi - 01:00petang.
- Tempoh menunggu ialah 2 jam iaitu 08:30pagi - 10:30pagi.
- Terhad kepada satu tempoh menunggu antara dua sesi solekan dan bantuan persiapan sahaja.
- Terhad kepada perkhidmatan solekan Individu sahaja.
- Hanya menunggu di lokasi yang sama dengan lokasi solekan dan bantuan persiapan terdahulu sahaja.
- Tiada perkhidmatan ikut ke lokasi (cth: nikah/masjid, sesi fotografi/outdoor dll) dalam tempoh masa menunggu.
- Caj RM30 bagi setiap 30 minit atau sebahagian daripadanya.
- Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan harta benda mana-mana pihak dalam tempoh menunggu.
- Bantuan persiapan pakaian:
- Percuma
- Tiada komitmen, bergantung kpd kelapangan.
- Tempoh anggaran: 15-30 minit/orang.
- Terhad kepada pakaian sopan dan menutup aurat.
- Wanita, terhad kepada:
- Pengantin sahaja:
- Kemaskan scallop tudung. Tips:
- Sila berlatih gaya yang diingini sebelum hari majlis.
- Shawl lebih mudah digayakan berbanding gaya bawal.
- Sediakan spray kanji untuk memudahkan penggayaan.
- Pakaikan veil.
- Pakaikan crown/simple head piece.
- Lelaki, terhad kepada:
- Pengantin sahaja.
- Dengan tempahan solekan dan persiapan isteri/pengantin perempuan sahaja.
- Bersiap di ruang yg sama dengan isteri/pengantin perempuan.
- Waktu bersiap sejurus selesai persiapan isteri/pengantin perempuan.
- Perkhidmatan ditawarkan:
- Ikatan samping
- Pemakaian aksesori.
- Solekan ringkas
- Tempoh anggaran: 15 minit/orang.
- Tiada komitmen, bergantung kpd kelapangan.
- Pelanggan bertanggungjawab:
- Menyusun dan memastikan semua item pakaian dan aksesori berada dalam keadaan baik dan sedia dipakai sebelum sesi bermula.
- Pelanggan dinasihatkan mencuba kesemua item dari set pakaian yang ingin dipakai pada hari majlis sewaktu sesi menyedang (fitting) supaya mendapat gambaran penampilan masing2.
- Pelanggan yang memilih gaya tradisional dinasihatkan berkongsi imej penampilan mereka yang lengkap berpakaian serta aksesori kepada kami.
- Sila dapatkan bantuan tambahan untuk pemakaian gown/dress yang berat, kembang atau meleret-leret.
- Sila maklumkan pihak kami ketika membuat tempahan sekiranya memerlukan masa tambahan untuk mengenakan pakaian.
- Dandanan rambut:
- Tidak ditawarkan.
- Pelanggan hendaklah memaklumkan kami:
- sekiranya mengupah hairstylist.
- waktu kehadiran hairstylist.
- Henna:
- Tidak ditawarkan.
- Pelanggan hendaklah mengatur jadual supaya sesi henna diselesaikan sebelum sesi solekan dan persiapan bermula.
- Waktu perkhidmatan:
- Hari:
- Selain hari persekolahan.
- Selain hari Jumaat.
- Waktu: 5:30pagi - 7:30petang.
- Caj di luar waktu bekerja: RM30 bagi setiap 30 minit atau sebahagian daripadanya.
- Lokasi perkhidmatan:
- Di premis pelanggan sahaja.
- Lokasi maksimum tidak lebih 50km radius akan dipertimbangkan
- Pelanggan bertanggungjawab:
- Menyediakan ruang persiapan:
- Selamat.
- Bersih.
- Suhu yang sesuai tidak terlalu panas atau sejuk.
- Pengudaraan yang baik dengan tingkap yang boleh dibuka.
- Pencahayaan yang baik.
- Saiz yang berpatutan.
- Dilengkapi kemudahan dengan sekurang-kurangnya:
- 1 meja
- 1 kerusi
- 1 cermin
- 1 power point (socket)
- 1 Kipas
- Trafik dan gangguan minimum (hanya MUA dan penerima perkhidmatan solekan sahaja pada satu-satu masa).
- Sedia digunakan berdasarkan jadual yang telah dipersetujui dalam Pengesahan Tempahan.
- Pelanggan yang menyewa bilik hotel hendaklah memaklumkan nombor bilik/suit selewat-lewatnya 6jam sebelum sesi bermula
- Pengangkutan:
- RM10 bagi setiap 5km atau sebahagian daripadanya.
- Jarak menggunakan Google Map.
- Caj untuk perjalanan pergi dan balik.
- Parkir:
- Caj berdasarkan caj yang dikenakan oleh lokasi parkir atau minimum RM5/jam.
- Foto:
- Pihak kami akan memaklumkan pelanggan sebelum mengambil foto mereka untuk tujuan komersial.
- Pelanggan yang tidak menyatakan persetujuan atau menghalang penggunaan foto tersebut secara lisan atau bertulis kepada kami sebelum imej disiarkan, secara automatik dianggap membenarkan imej foto mereka digunakan oleh kami bagi tujuan komersial.
- Tempahan hanya sah dengan:
- penerimaan bayaran deposit oleh pihak kami (deposit adalah wajib kecuali dipersetujui sebaliknya)
- penghantaran email dari pihak kami yg mengandungi Pengesahan Tempahan
- Pihak kami menerima tempahan pelanggan dengan sangkaan bahawa pelanggan melakukan perkara di dalam batas undang-undang.
- Deposit:
- Pelanggan yang membayar deposit secara automatik dianggap telah bersetuju dengan semua syarat di dalam Terma & Syarat Perkhidmatan ini.
- Tidak boleh dikembalikan, ditukar milik atau ditukar tarikh dan waktu.
- Jumlah:
- Tempahan lebih 1 bulan dari tarikh tempahan (majlis): Minimum RM50/orang.
- Kurang 1 bulan dari tarikh tempahan (majlis): Minimum RM100/orang.
- Cara bayaran:
- Pindahan wang secara online ke nombor akaun bank yang dinyatakan oleh MUA dalam quotation.
- Pelanggan dinasihatkan memberi notis serta merta kepada pihak kami sebaik melakukan sebarang pindahan wang melalui bank/bayaran tunai ke dalam akaun kami dan memastikan pihak kami telah memberi maklumbalas.
- Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang pindahan wang yang tidak dimaklumkan.
- Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bayaran lain yang dibuat oleh pelanggan ke dalam akaun kami.
- Resit bayaran deposit: diberi dalam bentuk Pengesahan Tempahan sebaik menerima bayaran.
- Pemulangan deposit terhad kepada:
- pelanggan yang baru menempah, terhad jika:
- pihak kami belum menghantar Pengesahan Tempahan.
- tempahan ditukar milik kepada pelanggan lain (dengan persetujuan pihak kami) dengan caj yang setara atau lebih
- tarikh dan waktu yg sama dengan tempahan asal.
- Bergantung kepada kelapangan MUA.
- Caj pengangkutan bergantung kepada lokasi persiapan bagi majlis yang baru.
- Pelanggan kekal menjadi individu yang bertanggungjawab terhadap tempahan tersebut.
- Deposit hanya akan dipulangkan selepas pihak kami menerima semua baki bayaran dari pelanggan baru.
- Pengecualian Khas Bencana:
- Disebabkan kejadian luar kawal manusia. Cth: penularan wabak pandemik Covid-19 di seluruh dunia.
- Terhad kepada pelanggan dengan majlis yang dijadualkan berlangsung sepanjang tempoh bencana atau sekatan pihak berkuasa tempatan yang memustahilkan perlaksanaan majlis.
- Pindaan tarikh/waktu:
- Dibenarkan sebanyak satu kali sahaja.
- Tarikh baru boleh dipilih dari mana2 tarikh/waktu dalam tempoh setahun dari tarikh majlis asal.
- Pelanggan diberi masa 6 bulan bermula dari tarikh majlis asal untuk menetapkan tarikh baru.
- Deposit lupus sekiranya pelanggan gagal menetapkan tarikh baru selepas 6 bulan tersebut berakhir.
- Bergantung kpd kelapangan MUA.
- Caj perkhidmatan kekal pada harga asal.
- Caj pengangkutan bergantung lokasi persiapan majlis yang baru.
- Pembatalan:
- Tuntutan untuk pengembalian wang hendaklah dibuat sebelum tarikh majlis asal.
- Jika tiada tuntutan pengembalian wang dibuat sehingga tarikh tersebut berlalu, pelanggan dianggap berhasrat mengekalkan deposit bagi menetapkan tarikh baru dan tertakluk kepada syarat2 ‘Pindaan tarikh/waktu’ di atas.
- Baki bayaran:
- Hendaklah dijelaskan secara pindahan wang onlineke dalam akaun bank yang dimaklumkan selewat2nya 2 minggu sebelum sesi bermula.
- Resit bayaran: diberi dalam bentuk Pengesahan Tempahan yang telah dikemaskini sebaik menerima bayaran.
- Pelanggan dinasihatkan mencari pengganti sekiranya berniat membatalkan tempahan.
- Sekiranya baki bayaran tidak dijelaskan selewat2nya 2 minggu sebelum tarikh tempahan (majlis), deposit pelanggan akan lupus dan tarikh tersebut akan dibuka semula untuk tempahan oleh pelanggan lain.
- Pembatalan tempahan (termasuk akibat kesihatan dan halangan perlaksanaan majlis oleh pihak berkuasa):
- oleh pelanggan
- Makluman lebih 2 minggu dari sesi solekan:
- bayaran caj solekan dan lain-lain caj yang telah dijelaskan akan dikembalikan kecuali deposit.
- Makluman 10-14 hari sebelum sesi solekan:
- 80% bayaran caj solekan dan lain2 caj yang telah dijelaskan akan dikembalikan.
- Makluman 5-9 hari sebelum sesi solekan:
- 60% bayaran caj solekan dan lain2 caj yang telah dijelaskan akan dikembalikan.
- Makluman kurang 5 hari dari sesi solekan:
- 40% bayaran caj solekan dan lain2 caj yang telah dijelaskan akan dikembalikan.
- Makluman kurang 2 jam dari sesi solekan:
- 20% bayaran caj solekan dan lain2 caj yang telah dijelaskan akan dikembalikan kecuali caj pengangkutan dan parkir.
- suhu badan melebihi 37.5 darjah Celcius diketahui di lokasi persiapan sebelum sesi solekan bermula:
- bayaran caj solekan dan lain2 caj yang telah dijelaskan tidak akan dikembalikan termasuk caj pengangkutan dan parkir.
- Pembatalan oleh MUA:
- Sebarang bayaran yang telah dijelaskan akan dipulangkan.
- Penyediaan pengganti:
- kami akan menawarkan tanpa komitmen, senarai MUA yang dipercayai:
- Berkelapangan pada tarikh dan waktu tempahan.
- Setuju dengan tawaran upah yang setara dengan atau kurang dari caj yang tertera dalam Pengesahan Tempahan.
- Pemilihan dan tempahan diuruskan oleh pelanggan sendiri.
- MUA tidak bertanggungjawab terhadap tahap kesihatan, kualiti perkhidmatan dan kebolehan MUA pengganti tersebut.
- Pihak kami berhak membatalkan tempahan dengan/tanpa memulangkan deposit dan bayaran caj pengangkutan sekiranya sebarang syarat di dalam Terma & Syarat Perkhidmatan ini tidak dipenuhi atau diragui ketersediaan dan perlaksanaannya.
- Tempahan semula:
- Pelanggan dikenakan cooling period selama 1 minggu dari tarikh pembatalan tempahan sebelum dibenarkan membuat tempahan baru bagi slot yang sama.
- Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap:
- Sebarang alahan atau reaksi fizikal pelanggan terhadap proses dan hasil perkhidmatan dan/atau produk yang digunakan.
- Kerosakan pada hasil perkhidmatan akibat tindakbalas fizikal pelanggan terhadap pengaruh cuaca atau kecuaian pelanggan menjaga hasil perkhidmatan.
- Persepsi, reaksi dan kesan emosi sebarang pihak terhadap proses dan hasil perkhidmatan
- Kehilangan atau kerosakan harta benda mana-mana pihak sepanjang proses perkhidmatan.
- Sebarang salah laku atau pelanggaran undang-undang oleh pihak pelanggan.
WEDDING PLANNER & INTRODUCER
Wedding planner (WP)
Ialah mana-mana syarikat pengurusan majlis atau individu yang:
- melantik vendor (MUA/fotografer etc) sebagai panel bagi menyempurnakan sesebuah majlis
- bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan tempahan pelanggan seperti
- Membuat pertanyaan kepada vendor bagi pihak pelanggan tentang ketersediaan slot tertentu
- Memaklumkan butir tempahan (tarikh, waktu, lokasi dsb) kepada vendor
- Menguruskan tempahan seperti mengambil deposit,
- menjadi perantara kepada pelanggan dengan pihak vendor bermula dari tarikh tempahan sehingga tugasan selesai
- membayar upah vendor dalam tempoh tertentu berdasarkan jumlah tugasan yang dilaksanakan dsb.
- Mengambil/tidak mengambil komisyen atas inisiatif/khidmat mereka
Introducer
Mana-mana syarikat atau individu yang
- memperkenalkan perkhidmatan vendor kepada bakal pelanggan,
- membuat pertanyaan bagi pihak pelanggan kepada vendor tentang ketersediaan slot tetentu,
- tidak menguruskan tempahan
- Mengambil komisyen atas inisiatif/khidmat mereka
Wedding planner/Introducer dan pelanggan mereka/penerima perkhidmatan tertakluk kepada semua syarat seperti yang termaktub dalam terma & syarat perkhidmatan yang tersebut di atas termasuk yg berikut:
Syarat am tempahan oleh wedding planner:
- Terma bayaran: sebelum sesi 1 atau seperti yang tertera dlm quotation dan invois.
- Perkhidmatan yg diberikan kepada pelanggan wedding planner adalah bersesuaian dengan jumlah bayaran wedding planner kepada kami tanpa mengambilkira jumlah yang dicaj oleh wedding planner ke atas pelanggan mereka.
- pihak kami tidak keberatan berhubung secara terus dengan penerima perkhidmatan atas dasar hubungan baik dengan wedding planner tetapi wedding planner kekal bertanggungjawab:
- menjadi 'point of contact' sepanjang tempoh tempahan hingga semua urusan selesai
- mengutip deposit dan baki bayaran dari semua penerima perkhidmatan.
- membuat pembayaran kepada pihak kami.
- ke atas tempahan dan semua penerima perkhidmatan.
- memaklumkan syarat2 yg berkenaan kpd semua penerima perkhidmatan.
- memikul sebarang liabiliti (bagi pihak pelanggan masing2)
************************************
Syarat tempahan oleh Introducer yang menuntut komisyen
- Tarikh tempahan
- Kami hanya menerima tempahan seawal 1 bulan sebelum majlis sahaja.
- Kriteria pelanggan
- Kami hanya menerima tempahan oleh Introducer untuk khidmat solekan dan persiapan pengantin sahaja.
- Harga/komisyen Introducer
- Caj perkhidmatan yang ditawarkan kepada Introducer adalah sama dengan caj yang kami tawarkan kepada pelanggan biasa.
- Introducer berhak ‘mark up’ caj yang mereka kenakan kepada bakal pelanggan.
- Jumlah ‘mark up’ yang telah ditawarkan kepada pelanggan harus dimaklumkan oleh pihak Introducer kepada pihak kami terlebih dahulu sebelum mengesahkan penerimaan tempahan kepada pelanggan demi menjaga integriti introducer
- perkhidmatan yang diberikan adalah berdasarkan caj yang kami tawarkan kepada pelanggan biasa, bukan berdasarkan caj yang ditawarkan oleh Introducer kepada pelanggan.
- Deposit yang dikenakan kepada pelanggan yang dibawa oleh Introducer: RM50 bagi setiap Pengesahan Tempahan
- Terma bayaran Introducer:
- RM50/Pengesahan Tempahan akan dibayar kepada Introducer sebaik deposit bagi setiap Pengesahan Tempahan diterima dari para pelanggan
- baki komisyen Introducer bagi setiap Pengesahan Tempahan (jika ada) akan dibayar selepas para pelanggan menjelaskan baki bayaran masing-masing.
- Pembatalan tempahan:
- Jika pembatalan dibuat oleh pihak pelanggan, deposit tidak akan dipulangkan kepada pelanggan.
- Jika pembatalan dibuat oleh pihak kami, deposit akan dipulangkan kpd pelanggan.
- Pihak kami akan email quotation kepada Introducer yang mengandungi butiran berikut:
- jumlah caj seperti yg ditawarkan oleh Introducer kepada pelanggan.
- Jumlah komisyen Introducer
- Tangkap layar perbualan whatsaap dgn Introducer ttg jumlah caj kpd pelanggan dan komisyen Introducer yang telah dipersetujui bersama.
- Terma dan syarat perkhidmatan Afidah Khamis mengatasi (supersedes) semua perjanjian antara Introducer dengan pelanggan kecuali dinyatakan dlm Pengesahan Tempahan (PT).
Wedding planner/Introducer yang berminat bolehlah mengisi borang berikut (sekali sahaja):
=================================
BORANG TAWARAN KOLABORASI
(Wedding Planner)
A. MAKLUMAT WEDDING PLANNER
- Syarikat:
- No SSM:
- Pegawai:
- No tel:
- E-mail:
- Alamat fizikal:
B. BAYARAN YG DITAWARKAN: RM__________
Pecahan (jika berkenaan):
- Persiapan pgtn perempuan:
- Solekan:
- Nikah: RM
- Sanding: RM
- Lain-lain (nyatakan): RM
- Touch up: RM
- Pakaikan tudung & aksesori: RM
- Persiapan pgtn lelaki:
- Solekan ringkas
- Pakaikan samping & aksesori tradisional: RM
- Pengangkutan (pergi-balik): RM
- Lain-lain perkhidmatan:
- (Khidmat): RM
- (Khidmat): RM
C. DEPOSIT DITAWARKAN (jika ada): RM______
1. Pecahan (jika berkenaan)
INQUIRY & BOOKING
************************************
“NAK TENGOK MEKAP”
- Jika pelanggan berminat mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan solekan yang ditawarkan, sila klik link berikut: instagram.com/makeupbyafidah
- Link tersebut akan menghubungkan pelanggan ke akaun Instagram makeupbyafidah. Pelanggan boleh melihat hasil kerja kami dalam bentuk gambar dan video.
- Pada ruangan biodata, pelanggan boleh lihat maklumat ringkas tentang perkhidmatan yang ditawarkan.
************************************
“AVAILABILITY? TOTAL CHARGE?”
- Jika pelanggan ingin bertanya tentang kekosongan slot (tarikh & waktu) dan jumlah caj, pelanggan perlulah mengumpulkan maklumat berikut terlebih dahulu:
- Jenis acara: (cth: dinner)
- Tarikh majlis
- Jumlah mereka yang memerlukan perkhidmatan
- Waktu acara: (cth: ketibaan pengantin)
- Lokasi majlis
- Lokasi persiapan
- Tempoh perjalanan antara kedua lokasi
- Kemudian klik link yang terdapat di ruangan biodata pada akaun Instagram makeupbyafidah tadi.
- Link tersebut akan menghubungkan pelanggan ke nombor Whatsapp kami. Sebaik sahaja pelanggan menekan link tersebut, pelanggan akan dapati satu ‘Borang Pertanyaan’ terpapar secara automatik.
- Pelanggan hendaklah menjawab SEMUA soalan yang berkenaan dalam ‘Borang Pertanyaan’ tersebut, kemudian klik ‘send’.
- Jika slot masih tersedia, pelanggan akan menerima jawapan dari kami dalam bentuk ‘Quotation’ yang disediakan berdasarkan maklumat dari ‘Borang Pertanyaan’ yang telah mereka lengkapkan sebelumnya
- ‘Quotation’ mengandungi maklumat berikut:
- Tarikh quotation
- Nombor quotation
- Maklumat pelanggan
- Nombor telefon/ig/fb/etc
- Maklumat kami
- Alamat
- Nombor telefon
- Alamat email
- Akaun instagram
- Alamat laman web yang mengandungi terma dan syarat lengkap perkhidmatan
- Butir perkhidmatan & caj
- Maklumat acara pelanggan
- Jenis acara
- Lokasi persiapan
- Slot
- Tarikh
- Waktu persiapan
- Maklumat khidmat yg ingin ditempah & caj
- Perkhidmatan
- Jadual perkhidmatan
- Caj perkhidmatan
- Perkhidmatan percuma (jika ada)
- Caj pengangkutan
- Caj lain (jika ada)
- Syarat ringkas tempahan
- Syarat ringkas pembatalan/perubahan
- Terma bayaran
- Jumlah deposit
- Butir akaun MUA
- Nama bank
- Nombor akaun
- Nama pemunya akaun
- E-mail pemunya akaun
- Pelanggan boleh berkongsi Quotation ini dengan ahli keluarga dan rakan untuk mendapatkan pandangan.
************************************
“BOOKING”
- Jika pelanggan bersetuju dengan syarat2 perkhidmatan kami dan berminat untuk membuat tempahan, pelanggan hendaklah mengajukan semula Quotation tersebut kepada kami dalam masa 7 hari dari tarikh Quotation dan tunggu jawapan tentang ketersediaan Slot dalam masa 24jam.
- Jika Slot masih tersedia, pelanggan dikehendaki membuat pindahan wang ke akaun yang tertera dalam Quotation sebagai deposit tempahan dan klik link yang diberi.
- Sebaik sahaja pelanggan menekan link tersebut, mereka akan dapati satu ‘Borang Pengesahan’ terpapar secara automatik.
- Pelanggan dikehendaki mengisi maklumat yang perlu sahaja jika butir tempahan berlainan dari dalam Quotation sebelumnya dan klik send dalam masa 24jam selepas membuat pindahan wang bagi bayaran deposit.
- Pelanggan akan menerima e-mail dokumen ‘Pengesahan Tempahan/Invois’ yang mengandungi maklumat yang sama dengan maklumat yang tertera dalam ‘Quotation’ dan “Borang Pengesahan” yang telah dilengkapkan dalam tempoh 24jam selepas kami menerima ‘Borang Pengesahan’ yang telah dilengkapkan tersebut.
- Pelanggan juga akan menerima ‘Pengesahan Tempahan/Invois’ yang sama melalui Whatsapp untuk memudahkan rujukan.
‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️
TEMPAHAN HANYA SAH DENGAN
- Penerimaan deposit oleh pihak kami
- Penghantaran dokumen ‘Pengesahan Tempahan/Invois’ melalui e-mail dari pihak kami kepada pelanggan.
‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️
************************************
“TEMPAH UTK ORG LAIN”
- Jika pelanggan membuat tempahan bagi pihak ketiga (contoh: tempahan oleh Wedding Planner atau ahli keluarga atau rakan, yang akan dinamakan sebagai ‘penerima perkhidmatan’), pelanggan ada pilihan untuk menyertakan maklumat nama dan nombor telefon penerima perkhidmatan tersebut di dalam ‘Borang Pengesahan’.
- Sebaik pihak pelanggan menerima ‘Pengesahan Tempahan/Invois’, kami akan turut menghantar dokumen bertajuk ‘Pengesahan Tempahan Jurusolek’ kepada penerima perkhidmatan (tiada komitmen).
- ‘Pengesahan Tempahan Jurusolek’ mengandungi maklumat serupa seperti ‘Pengesahan Tempahan/Invois’ yang pelanggan telah terima kecuali maklumat caj.
- Oleh kerana penghantaran ‘Pengesahan Tempahan Jurusolek’ kepada penerima perkhidmatan adalah khidmat tanpa komitmen, ‘Pengesahan Tempahan Jurusolek’ tidak diterima sebagai penentu sah tempahan.
- Jadi samada pelanggan memilih untuk menyertakan maklumat penerima perkhidmatan dalam ‘Borang Pengesahan’, atau sebaliknya, tempahan tetap sah sebaik kami menerima deposit dan menghantar ‘Pengesahan Tempahan/Invois’ kepada pelanggan melalui e-mail, dan pelanggan kekal bertanggungjawab bagi pihak penerima perkhidmatan tersebut.
************************************
ππ ππ ππ ππ ππ ππ
Sekarang tempahan telah sah‼️‼️
ππ ππ ππ ππ ππ ππ
************************************
“NEED HELP?”
- Selain itu pelanggan juga akan menerima dokumen Peringatan Mesra. Ini adalah set cadangan dan peringatan untuk memudahkan urusan persiapan terutama kepada bakal pengantin Lelaki dan Perempuan.
- Pelanggan sangat disarankan untuk membaca dan berkongsi maklumat di dalam Peringatan Mesra tersebut kepada semua individu terlibat.
- Tindakan awal berdasarkan cadangan yang diberi dalam Peringatan Mesra akan sedikit sebanyak membantu pelanggan mengenal pasti persoalan dan halangan yang bakal dihadapi menjelang hari acara.
- Pelanggan sangat disarankan agar mengajukan sebarang pertanyaan segera dan mengelak dari menuggu hingga saat akhir kerana sesetengah perkara mengambil masa untuk disediakan.
- Pihak kami lebih berkelapangan pada hari biasa berbanding hujung minggu atau cuti sekolah.
************************************
Comments
Post a Comment